Wednesday, May 11, 2016
JEANS n NECTIE-IDORA DARWINA
satu kisah yang santai. konflik tak terlalu berat. kisah kehidupan yang jarang ditemui dalam mana-mana novel cinta lain. dan bagi aku, aku sukakan kisah sebegini. kerana jarang ditemui. kebanyakan novel di pasaran, kisah yang lebih kurang sama. mula-mula benci lepas tu suka. gaduh-gaduh last2 timbulnya rasa suka. lambakan novel sebegini kadangf-kadang membuatkan reader mula bosan. tapi bagi akulah. orang lain mungkin suka kot.
-apa yang aku suka dengan J&N ni sebab kisah ni tak klise. hero yang hanya bekerja biasa. hanyalah peniaga pasar malam dan juga heroin seorang cikgu. aku tak tahu nak terangkan macam mana. tapi ada saja kisah yang mencuit hati di dalam buku ni.
-aku akui aku melting dengan sikap Joe. dia sangat cool, sangat penyabar orangnya. walaupun sering dihina, dipandang rendah namun dia tetap sabar. dan yang paling tak sangka adalah kisah kakak dan juga abg ipar Ain. terlalu mengejarkan kemewahan hingga membuatkan hidup dikelilingi hutang. kisah begini sebenarnya wujud dalam masyarakat kita. dan daku ingin mengucapkan tahniah. kepada penulis kerana menghasikan kisah yang sangat best. alhamdulillah.
-sejujurnya ini adalah karya pertama penulis yang aku baca. namun ianya mampu dihadam dengan baik. good job writer. kisah realiti sebegini sangat membuka mata dan minda. ku menanti novel terbaumu. :)
salam sayang
nureen a.k.a weeda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment