Sunday, May 29, 2016

LOVE STARTS AFTER NIKAH-IKMAL MAHRIP

PENERBITAN BES Q



ASSALAMUALAIKUM, ok sekian lama membaca novel LSAN akhirnya habis juga. adui. mood membaca ke laut dengan bz lag (ceh bz sesangat) hahaha.


ok apa yang boleh aku katakan adalah bravo to writer sebab berani ambil langkah dan risiko menghasilkan genre yang berat seperti LSAN ni. sebagai seorang penulis baru ini merupakan satu langkah yang blh dikira baguslah.

cuma terkadang tu aku stress sangat bila baca. heh. dengan mak tirinya, adik tirinya. huh. tak sudah2 Aliyah diuji. sakit gak hati membacanya.

dan bertambah sress aku baca bila part langau2 yan faham bahasa ni. and satu yang aku nak kata sebenarnya novel ni agak byk watak sampingan. sangat.

tapi watak2 yang ditulis ni juga bagaikan hidup. yang plg aku geram adalah Zamri. adui stress aku baca. dia ni la parasit yang merosakkan mood aku nak baca. haha

dengan kehadiran Muizlagi. dengan Fazrul lagi. bertambah2 stress aku...

hahaha. tapi rasa geram, sakit hati, sweet ni lbh kurang macam penulis perempuan tulis. semua rasa ada. sampaikan aku rasa nak je hempuk2 muiz tu, zamri ni. adui. xfaham2. baru nak bahagia diorang pula menyibuk. pujuk rayu Aliyah. aduhai. sakit jiwa aku, terdera gitu.

dan yang plg aku geram adalah after aliyah dah kahwin. ingatkan bahagia tu sampai ke akhirnya. ternyata dirinya sekali lagi diuji. malah, ujiaannya jauh lebih hebat. masa ni aku dah menyumpah seranah watak tengku haslinah ni. tapi aku puji akan watak nurin. yang membela Aliyah. hehe. ini barulah sahabat sejati ye dok?

dari satu ke satu ujiaan yg terpaksa aliyah tanggung. dan masa ayah dia meninggal barulah aku puji dengan sikap aliyah. lantang bersuara. kalau xlembik sanagt. biar dihina pun xmelawan sgt.

and the last nak ending buat jiwa aku sentap. haha. nak tahu? kena beli dan baca sendiri. biar korang rasa apa yang aku rasa hehe. apa2 pun untuk karya yg pertama aku blh bagi 3*** buat yg lebih baik for your next novel ok dik.

Saturday, May 28, 2016

KAHWIN DENGAN AKU AJELAH!~ BY REEANI ANNUR

PENERBITAN- FAJAR PAKEER





ASSALAMUALAIKUM, okey sebenarnya jujur aku kata ini adalah novel pertama sis Reeani yang aku baca. seriusly novel ni sangat best. penuh dengan kisah humor. permulaan cerita pun dah buat aku mengekek ketawa. (dah lama abis baca baru dpt review je huhu)

-suka dengan sikap sengal muslim. dan Sudin pun tak kurang juga sengalnya. apa yang aku suka ialah setiakawan antara Muslim dan Sudin. superb. even musibah menimpa muslim sekalipun sudin tetap ada di samping muslim. zaman sekarang ni susah nak jumpa sahabat mcm ni :)

-saling tolong menolng, banu membantu dan kutuk mengutuk membuatkan diri ini tak henti sengih.

-part encik peon ni memang kelakar. part penerangan tentang encik peon pun dah buatkan aku sengih. dengan rambut maggienya. haha (tp time ni sebenarnya terbayangkan andai encik peon ni jenis lembut. kiki mesti lg kelakar)

-zara... suka dengan skp dia. selamba, mulut main cakap lepas je. dan ada pendirian tetap. a.k.a ketegaq

-kisah mencuit hati bermula dari saat muslim kenalkan zara sebagai kekasihnya. dan berlarutanhingga part muslim ikut zara blk kampung. ada saja kisah mencuit hati. plg tak menahan bila mak dan ayah zara 'back-up' bakal menantu. syg nau dengan muslim.zara pula berbulu mata tengok. haha. sepanjang baca KDAA! ni memang terbayangkan wajah beto as muslim. ngeee.

-daku suka bila muslim care dngan zara bila zara kena sesungut(bak kata muslim) hihi
-sanggup telefon nenek dia minta petua nak hilangkan rasa sakit tu. haha. melting daku.
-pada detik tu cinta zara terhadap muslim pun berputik. pelbagai kisah sweet yang dirasakan masa baca part ni.

-tapi siapa sangka kebahagiaan yang dikecapi hanyalah sementara saja.
disinilah bermula ujiaan cinta mereka. tiba2 muslim berubah dingin dengan zara(nak tau apa jadi? kena beli)

masing2 masih ada cinta di hati. namun seorang berpegang pd janji. dan seorang lg mengeraskan hati(ego)

and after 3 tahun mereka terpisah, zara telah kenal seseorang. ha masuk part  mamat ni buat aku tension. sikap suka memaksa dia buat aku geram. emosi marah, bengang semua ada.

tambah geram bila muslim pendamkan perasaan dia. makin tambah tekakan aku. huhu. tapi part plg geram of coz azam si sewel n psiko tu. adeh. tak faham2 bahsa. zara dah tak hendak dia lg nak paksa. kalau aku mau bg penumbuk dah haha.

plg gila si azam ni pi meminang zara (sedangkan zara dengan muslim dah berbaik n ada ikatan dah) sungguh rasa nak lenyek je muka azam ni.

credit to writer kerana berjaya buatkan ku bengang tahap cipan dengan azam.

tapi tarik nafas lega bila muslim dan zara nak kahwin. part nak akad nikah nilg sekali buat aku ketawa mengekek.

blh writer terfikir humor time ni.  "Proot." si sudin sengal tu la punya keje. melepaskan gas beracun.

and the last one time lafaz akad tetiba muslim sahut mcm ni "Aku setuju." mengekek lg gelak. adui. nampak tak betapa sengalnya muslim.
overall cite aku suka.
best even ni buku first yg aku baca. tahniah sis kerana berjaya memikat hatiku dengan sikap sengal muslim :)


Wednesday, May 11, 2016

MY DARLING ANGEL-AYRA AWATIF







-Ok... Novel pertama dari penulis baru yang bagi aku tak mengecewakan. konflik yang tak terlalu berat. dan aku sangat menyukai novel MDA ni. serius best.

-Kisah ni juga tak klise(bagi akulah) tapi memang tak klise pun. haha

-Ada pengajaran yang terselit di dalam MDA ni. tak rugi pun kalau korang baca. serius aku kata memang ter.... tersangat best.

-Kisah yang bermula dengan pertemuan yang tak disangka. Brian menyangkakan bahawa Elzaara istei orang. dan dalam diuam sebenarnya Brian sudah mula menyukai El. Namun kerana menyangkakan El isteri orang, dia cuba membuang segala perasaannya terhadap El.

-Kisah Elzaara pula yang terlalu anti pada lelaki dan bencikan komitmen pada sebuah perkahwinan membuatkan dia menyimpan dendam. namun tanpa disedarinya sedikit demi sedikitm, dendam yang membara di dalam hatuinya kian membakar dirinya. hingga membuatkan dia sengsara.


-Pertemuan pertama yang tidak disangka2 itu telah membibitkan rasa cinta Brian pada El. namun bagi bagi El. kerana baginya semua lelaki hanya tahu menyusahkan saja.

-Kesabaran Brian dalam melayani kerenah dingin beku El memikat diri ini. cair beb. terasa bagaikan akulah El. haha. bukan mudah untuk meruntuhkan ego EL. namun dengan izin-NYA Brian berjaya menundukkan ego EL.

-Dan di saat El mampu menerima Brian, wujudlah pula konflik. Konflik apa? beli dan baca sendiri. (hahahaha, gelak jahat)

-Di9k An, ku suka akan watak Brian. melting deh.... dan pada writer ku menantikan buah tangan terbaru anda.

lot of love
~weeda~

JEANS n NECTIE-IDORA DARWINA






satu kisah yang santai. konflik tak terlalu berat. kisah kehidupan yang jarang ditemui dalam mana-mana novel cinta lain. dan bagi aku, aku sukakan kisah sebegini. kerana jarang ditemui. kebanyakan novel di pasaran, kisah yang lebih kurang sama. mula-mula benci lepas tu suka. gaduh-gaduh last2 timbulnya rasa suka. lambakan novel sebegini kadangf-kadang membuatkan reader mula bosan. tapi bagi akulah. orang lain mungkin suka kot.

-apa yang aku suka dengan J&N ni sebab kisah ni tak klise. hero yang hanya bekerja biasa. hanyalah peniaga pasar malam dan juga heroin seorang cikgu. aku tak tahu nak terangkan macam mana. tapi ada saja kisah yang mencuit hati di dalam buku ni.

-aku akui aku melting dengan sikap Joe. dia sangat cool, sangat penyabar orangnya. walaupun sering dihina, dipandang rendah namun dia tetap sabar. dan yang paling tak sangka adalah kisah kakak dan juga abg ipar Ain. terlalu mengejarkan kemewahan hingga membuatkan hidup dikelilingi hutang. kisah begini sebenarnya wujud dalam masyarakat kita. dan daku ingin mengucapkan tahniah. kepada penulis kerana menghasikan kisah yang sangat best. alhamdulillah.

-sejujurnya ini adalah karya pertama penulis yang aku baca.  namun ianya mampu dihadam dengan baik. good job writer. kisah realiti sebegini sangat membuka mata dan minda. ku menanti novel terbaumu. :)

salam sayang
nureen a.k.a weeda

Friday, April 29, 2016

PANDU ARAH KE HATI = EMMA MARIAM

PENERBITAN FAJAR PAKEER



ASSALAMUALAIKUM, okey first aku nak kata ini adalah karya pertama penulis yang aku baca. tapi pertama kali baca pun aku dah rasa jatuh hati pada gaya bahasa dan olahan cerita penulis.  aku nak dapatkan karya penulis yang sebelum2 ni.

kata beliau kisah ni adalah kisah benar sahabat beliau. dan selebihnya diolah. okey first baca kisah ni aku macam wahhhh baiknya ariq ni. n dia kelakar. walaupun selalu sinis tp masih ada sifat ambil berat terhadap orang sekeliling. First dia jumpa Hafiya ni aku dah gelak2 dek sikap selamba Fiya yang pecahkan cermin lori Ariq. ya! Ariq hanya bekerja biasa. hanya pemandu lori treler saja.

Tapi aku kagum dengan Ariq sebab dia tak pernah nak merungut dengan kerja dia. dia tak cepat marah dan sikap selamba dia, prihatin dia, buat aku melting dengan sikap Ariq ni. pada aku dia antara 1 dalam 1000 lelaki yang ada dlm dunia. dia sangat cool walaupun sering dipandang hina. Ariq ni lelaki yang menyelamatkan datuk Hafiya, Tan Sri Arman. dan dari situ bermulalah kisah baru Ariq dan Hafiya.

bila Tan Sri Arman suruh kahwin, Fiya mula tak senang duduk. mcm2 cara dia buat. pujuk Ariq tuk batalkan rancangan datuk dia n mcm2 lagi. namun atas dasar sayang yang mula terbit dalam hati Ariq, dia teruskan juga perkahwinan tu sementalah dia dah tahu alasan sebenar TSA nak kahwinkan dia dengan Fiya.

Nak tahu alasan apa? kenala dptkan PAKH ni. dan bila diorang dah kahwin tu rasa mcm Ariq ni sweet juga. dengan cara dia. haha.... dpt bayangkan wajah Fiya bila dia terpaksa tinggal di rumah sewa Ariq. Rumah flat pula tu. 
tapi yg memedihkan hati bila Fiya tak sudah2 nak kata dia tak boleh terima Ariq. n tak henti2 ingatkan arwah Nizam(tunang) dia ni. selalu keluarkan kata2 pedih pada Ariq. 

Tapi waktu ni kagum dengan Ariq. sebab dia mampu sabar dengan segala kerenah Fiya. terfikir juga kalau ada lagi lelaki macam ni memang dah sambar dah. huhu.

pendek kata kisah ni sangat menarik. tak terlalu klise kerana penulis berjaya garapkan dengan baik. tahniah dan teruskan berkarya. i will support you sis. akan beli karya sis yg lagi dua buah tu insya-ALLAH.