| PENERBITAN FAJAR PAKEER |
ASSALAMUALAIKUM, okey first aku nak kata ini adalah karya pertama penulis yang aku baca. tapi pertama kali baca pun aku dah rasa jatuh hati pada gaya bahasa dan olahan cerita penulis. aku nak dapatkan karya penulis yang sebelum2 ni.
kata beliau kisah ni adalah kisah benar sahabat beliau. dan selebihnya diolah. okey first baca kisah ni aku macam wahhhh baiknya ariq ni. n dia kelakar. walaupun selalu sinis tp masih ada sifat ambil berat terhadap orang sekeliling. First dia jumpa Hafiya ni aku dah gelak2 dek sikap selamba Fiya yang pecahkan cermin lori Ariq. ya! Ariq hanya bekerja biasa. hanya pemandu lori treler saja.
Tapi aku kagum dengan Ariq sebab dia tak pernah nak merungut dengan kerja dia. dia tak cepat marah dan sikap selamba dia, prihatin dia, buat aku melting dengan sikap Ariq ni. pada aku dia antara 1 dalam 1000 lelaki yang ada dlm dunia. dia sangat cool walaupun sering dipandang hina. Ariq ni lelaki yang menyelamatkan datuk Hafiya, Tan Sri Arman. dan dari situ bermulalah kisah baru Ariq dan Hafiya.
bila Tan Sri Arman suruh kahwin, Fiya mula tak senang duduk. mcm2 cara dia buat. pujuk Ariq tuk batalkan rancangan datuk dia n mcm2 lagi. namun atas dasar sayang yang mula terbit dalam hati Ariq, dia teruskan juga perkahwinan tu sementalah dia dah tahu alasan sebenar TSA nak kahwinkan dia dengan Fiya.
Nak tahu alasan apa? kenala dptkan PAKH ni. dan bila diorang dah kahwin tu rasa mcm Ariq ni sweet juga. dengan cara dia. haha.... dpt bayangkan wajah Fiya bila dia terpaksa tinggal di rumah sewa Ariq. Rumah flat pula tu.
tapi yg memedihkan hati bila Fiya tak sudah2 nak kata dia tak boleh terima Ariq. n tak henti2 ingatkan arwah Nizam(tunang) dia ni. selalu keluarkan kata2 pedih pada Ariq.
Tapi waktu ni kagum dengan Ariq. sebab dia mampu sabar dengan segala kerenah Fiya. terfikir juga kalau ada lagi lelaki macam ni memang dah sambar dah. huhu.
pendek kata kisah ni sangat menarik. tak terlalu klise kerana penulis berjaya garapkan dengan baik. tahniah dan teruskan berkarya. i will support you sis. akan beli karya sis yg lagi dua buah tu insya-ALLAH.